Advertisement

Geely hanya berminat dengan kerjasama teknologi

Lotus_TheGardens-20

Susulan kepada laporan semalam, bahawa Geely mungkin berminat untuk ambil alih Lotus, pengerusi syarikat dari China itu, Li Shufu telah menjelaskan bahawa Geely hanya berminat untuk mengadakan kerjasama teknologi sahaja. “Kami tak pernah berbincang tentang pembelian ekuiti,” tambah beliau.

Selain pengeluaran kenderaan, Lotus turut menyediakan perkhidmatan rundingan kepada pegeluar lain sebelum ini. Walaupun Li menafikan syarikat itu ada menyerahkan kertas cadangan untuk pembelian Lotus, beliau mencadangkan bahawa Geely berminat untuk bekerjasama dengan pengeluar dari British itu, tetapi tidak dihuraikan dengan lebih lanjut.

Syarikat induk Geely, Geely Holding Group kini turut merupakan pemilik jenama Volvo dan London Taxi Company. Li menjelaskan buat masa ini tiada rancangan untuk menambah bilangan jenama di bawah syarikat mereka; menumpukan perhatian kepada Geely-Volvo merupakan keutamaan untuk meningkatkan penampilan syarikat itu diperingkat global.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Compare prices between different insurer providers to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. Many payment method supported and you can pay with instalment using Atome, Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Alson P on Nov 07, 2016 at 12:07 am

    Jual saja 20% share Lotus kepada Geely untuk suntikan modal membangunkan model pengganti Lotus sedia ada.. Atau suntikan modal membangunkan enjin V6 baru atau elektrik sepenuhnya..

    Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required


 
 
Related PaulTan.org Content: Electric: Electric | Featured: Featured | News: News | Tech | Malaysia: Malaysia | Reviews: Reviews