Advertisement

WMoto Hawk 200i dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 200 cc EFI, lima kelajuan, meter digital, RM7,888

WMoto Hawk 200i dilancar untuk pasaran Malaysia – enjin 200 cc EFI, lima kelajuan, meter digital, RM7,888

Selain skuter Island 150, satu lagi model WMoto yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia adalah Hawk 200i. Dijual pada harga RM7,888 tidak termasuk insurans, motosikal pelbagai guna ini datang dalam pilihan dua warna iaitu hitam dan merah.

Hawk 200i digerakkan oleh enjin satu silinder SOHC suntikan bahan api 200 cc dengan sistem penyejukan udara, dan dipadankan bersama tranmsisi lima kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 16 hp pada 8,000 rpm dan tork 15.7 Nm pada 7,000 rpm.

Sebagai sebuah motosikal yang juga boleh digunakan untuk kegiatan lasak, Hawk 200i dilengkapi rim spoked 19 inci dengan tayar 90/90 di hadapan dan 17 inci dengan 110/90 di belakang. Ia kemudiannya masing-masing dipegang oleh fork USD (tanpa pelarasan) dan monoshock dengan pelarasan pra beban.

Kedua-dua brek hadapan dan belakang Hawk 200i menggunakan unit cakera tunggal, dan ia dilengkapi terus dengan sistem ABS yang boleh ditutup menggunakan butang khas di bahagian kiri pemegang. Informasi penting dipaparkan melalui skrin digital, lengkap dengan paparan tahap minyak, kelajuan dan kedudukan gear.

Kelengkapan lain yang terdapat pada Hawk 200i adalah termasuk lampu hadapan dan penunjuk arah LED, soket pengecas USB, pelindung tangan siap dengan lampu DRL, tangki bahan api lapan liter dan pemula enjin elektronik. Berat keseluruhannya adalah 132 kg manakala tinggi tempat duduk adalah 830 mm.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Renew your car insurance with us

Compare prices between different insurer providers to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services. Many payment method supported and you can pay with instalment using Atome, Grab PayLater or Shopee SPayLater.

Renew Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required


 
 
Related PaulTan.org Content: News: News | Electric: Electric | Malaysia: Malaysia | Reviews: Reviews | Tech | 2025