Bermula dengan Netflix
Selamat datang ke Netflix! Berikut ialah beberapa maklumat untuk membantu anda bermula. Jika anda tidak melihat topik yang anda inginkan di sini, cuba buat carian dalam Pusat Bantuan kami. Jika anda belum mendaftar dan ingin mengetahui lebih lanjut, lawati Apakah itu Netflix?
Mendaftar masuk
Setelah anda membuka apl atau laman web Netflix, pilih Daftar Masuk untuk mengakses akaun anda dan mula menonton rancangan TV dan filem. Anda boleh mendaftar masuk pada satu atau beberapa peranti yang serasi dengan Netflix. Jika anda mengalami masalah, semak langkah penyelesaian masalah dalam bahagian Tidak dapat mendaftar masuk ke Netflix. Jika anda tidak mempunyai apl Netflix, lawati Cara memuat turun apl Netflix.
Mencipta profil
Anda boleh mencipta profil untuk ahli dalam isi rumah anda agar mereka mempunyai pengalaman Netflix yang diperibadikan. Akaun anda boleh mempunyai hingga lima profil individu dan anda boleh menetapkan tahap klasifikasi kematangan pada setiap profil. Setiap profil akan mempunyai cadangan tersendiri berdasarkan klasifikasi dan cita rasa profil tersebut.
Mencari rancangan TV dan filem
Anda boleh mencari tajuk yang anda minat atau menyemak imbas cadangan yang disediakan oleh Netflix. Setelah anda mula menonton dan menilaikan tajuk, Netflix akan menunjukkan cadangan. Anda juga boleh mendayakan sari kata, kapsyen atau audio alternatif bagi pelbagai tajuk atau menyemak imbas tajuk dengan sari kata atau bahasa audio pilihan anda.
Mengurus akaun anda
Anda boleh mengemas kini maklumat akaun anda pada bila-bila masa dan menukar e-mel, nombor telefon atau pelan keahlian anda dengan membuat pilihan Akaun dalam menu Netflix. Dengan Profil & Kawalan Ibu Bapa, anda juga boleh menyelaraskan kawalan kandungan, seperti pilihan main balik, bahasa dan sari kata. Artikel berikut boleh membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang cara mengurus akaun anda.
Keahlian & pengebilan
Butiran pelan
Tetapan
Profil Saya
Penstriman pada peranti yang berbeza
Anda boleh bertukar antara peranti yang serasi dengan Netflix pada bila-bila masa. Walaupun pelan keahlian anda menentukan bilangan skrin yang boleh digunakan untuk tonton pada masa yang sama, bilangan peranti yang boleh anda tambahkan pada akaun anda tidak dihadkan. Untuk menonton pada peranti yang belum ditambahkan pada akaun anda, daftar masuk ke Netflix pada peranti tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang peranti yang serasi dengan Netflix atau baca artikel tentang memuat turun apl Netflix untuk mendapatkan bantuan berkaitan dengan penyediaan peranti baharu.
Tonton dalam perjalanan
Anda boleh mengakses Netflix di lebih daripada 190 buah negara di seluruh dunia. Jika anda mengetahui anda akan berada di luar talian, anda boleh memuat turun rancangan TV dan filem pada Netflix. Untuk menonton dari latitud atau zon waktu yang berbeza, ketahui perkara yang boleh dijangkakan semasa dalam perjalanan atau perpindahan.